Tuesday, July 16, 2013

SINOPSIS


PMS mampu lahir graduan di dalam bidang seni rekabentuk grafik yang berkualiti. Rekabentuk grafik adalah satu pengkhususan yang menguji mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang komunikasi visual. Ia mampu menonjolkan bakat dan kreativiti seseorang melalui penghasilan kerja seni visual mereka. Ia merangkumi bidang komunikasi visual dan penyampaian termasuk penggunaan tipografi dan gambaran fotografi. Pelbagai kaedah untuk mewujudkan dan menggabungkan simbol imej atai perkataan bagi mewujudkan satu gambaran visual idea dan mesej. Rekabentuk grafik kebiasaannya digunapakai dalam pembikinan majalah, iklan, pembungkusan, produk dan rekabentuk web. Bagi merealisasikan idea dan konsep melalui kaedah pembelajaran, PMS mengambil inisiatif menawarkan kursus diploma rekabentuk grafik bagi mereka yang berminat untuk mendalami seni visual serta membina kemahiran menghasilkan rekabentuk secara kreatif dan profesional.

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual yang tersergam indah